Kenyataan Lendir laut

Lendir laut terbentuk secara semula jadi ketika rumpai air di laut dipenuhi nutrisi akibat iklim panas dan pencemaran air. Peristiwa serupa berlaku di Turki pada 2007, tetapi juga pernah ditemui di Laut Aegea berdekatan Yunani.[4] Pemerhati alam sekitar menyatakan bahawa sampah sarap dan industri menyebabkan fitoplankton berkembang pesat.[3][5] Dengan erti kata lain, perubahan iklim dan pencemaran telah menyumbang kepada proliferasi bahan organik, yang mengandungi pelbagai mikroorganisme dan dapat berkembang ketika kumbahan yang kaya nutrisi mengalir ke air laut.

Perkara ini dipersetujui oleh kenyataan Profesor Hüseyin Erduğan dari Jabatan Biologi, Universiti Onsekiz Mart bahawa lendir laut pada dasarnya ialah massa mikroorganisme yang diperkaya oleh komponen air kumbahan yang tidak diolah terlebih dahulu sebelum dibuang ke laut. Lendir sebenarnya ialah eksopolisakarid (biomakromolekul yang terdiri dari sisa karbohidrat yang dipancarkan oleh mikroorganisme) dan meskipun pencemaran menyebabkan masalah lendir laut, ia pada akhirnya disebabkan oleh mikroorganisme itu sendiri.[6] Lendir memiliki banyak komponen, termasuk pelbagai mikroorganisme seperti virus dan prokariota, serta kompaun eksopolimer dengan sifat koloid.[7]